Thursday, May 5, 2011

PENYELESAIAN KES MASALAH PELAJAR


Pada beberapa minggu yang lepas,Pensyarah  subjek Kemahiran Berfikir kami iaitu Dr.Tan Ai Mei telah mennceritakan pengalaman beliau di Tadika yang beliau selia pada hari tersebut.
            Beliau menceritakan bahawa dalam tadika yang beliau selia tersebut  terdapat seorang pelajar  lelaki yang pada hemat beliau merupakan seorang pelajar yang bermasalah.Hal ini kerana dalam pemerhatian beliau ,budak terebut tidak  menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar dan tidak mahu membuat sebarang aktiviti yang disuruh.Malahan pelajar tersebut telah menggangu pelajar lain dengan menyepak rakan-rakannya dan menyentuh bahagian belakang pelajar lain.Selain itu,pada pemerhatian Dr.Tan pelajar tersebut juga suka bermain dengan alat sulit sendiri.Maka dengan kenakalan budak tersebut Dr.Tan mengambil  tindakan awal dengan memukul tangan pelajar lelaki tersebut malangnya pelajar lelaki tersebut bersikap  endah tidak endah dan seakan-akan telah biasa dengan keadaan tersebut.Malahan pelajar lelaki itu semakin bertindak agresif.
            Dr.Tan pun mendekati pelajar lelaki tersebut dan menggunakan cara kedua iaitu pendekatan psikologi memandangkan cara yang pertama tidak berkesan.Pada mulanya pelajar lelaki tersebut enggan untuk berkomunikasi dengan Dr.Tan tetapi lama kelamaan pelajar tersebut akhirnya meceritakan tentang dirinya.Rupa-rupanya dia  memang mempunyai masalah keluarga.
            Setelah itu dengan keprihatinan Dr.Tan  ,beliau telah bertanyakan soalan dengan guru-guru yang mengajar pelajar lelaki tersebut.Ternyata pelajar itu memang bermasalah dan  didapati pelajar tersebut selalu menonton pornografi di rumahnya .Disebabkan itulah pelajar selalu bermain dengan alat sulitnya dan andaian Dr.Tan mungkin ada sesiapa di rumahnya yang juga turut bermain dengan alat sulitnya.Disebabkan itulah  pelajar lelaki yag baru berusia setahun jagung sudah tahu tentang perkara yang tidak sepatutnya  .Selain itu ,kenakalan  pelajar itu juga mungkin disebabkan dia sering diabaikan dan dipukul semasa .
            Hal ini dapat disimpulkan bahawa pelajar  tersebut telah didera daripada segi fizikal dan seksual.Penyelesaian yang dibincangkan dalam kelas kami iaitu dengan mengemukan masalah pelajar tersebut kepada pihak yang lebih arif seperti Pakar Psikologi supaya psikologi pelajar tersebut dapat diubah dan diselamatkan memandangkan dia masih seorang pelajar tadika dan perjalanan hidupya masih jauh.Selain itu dengan menemukan pelajar lelaki tersebut dengan Pakar Psikologi dapat menyelematkan pelajar tersebut daripada mempengaruhi minat  dan sikap pelajar lain.Selain itu ,solusi lain yang dapat diberikan adalah dengan membincangkan perkara tersebut bersama ahli keluaga pelajar lelaki tersebut.Semoga dengan idea  - idea penyelesaian dapat menyelamatkan pelajar tersebut  daripada menjadi lebih  agresif.



No comments:

Post a Comment