Thursday, May 5, 2011

BIMBINGAN KURSUS METAKOGNISI

Bimbingan kerja kursus metakognisi

Dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang amat penting untuk menarik minat para pelajar terhadap apa yang ingin disampaikan. Menerusi penggunaan metakognisi, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk menjadi seorang guru yang efektif.
                Seorang guru yang baik harus bijak untuk menggunakan metakognisi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, seorang guru harus:
1.       Menyediakan diri dengan pelbagai ilmu
-       harus berpengetahuan luas dalam segenap aspek
-       guru sains juga mesti tahu mengenai hukum tatabahasa dalam bahasa Melayu
-       menjadikan seorang guru  lebih berkredibiliti
-       akan  dapat melahirkan murid yang aktif dan cerdas mindanya
-       dapat meningkatkan keyakinan diri ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
-       dapat berkomunikasi secara interpersonal sama ada dengan murid ataupun sesama mereka
-       Kegagalan guru menyediakan diri dengan ilmu pengetahuan  akan memberi impak negatif kepada pelajar
2.       Bersikap lebih komited terhadap bidang tugas yang telah diamanahkan
-       Disiplin yang tinggi
-       nilai seorang guru jatuh di mata masyarakat akibat daripada sifat sambil lewah guru dalam menjalankan tugas mereka
-       Kelewaaan seorang guru akan menyebabkan seluruh guru dipandang sedemikian rupa
-       melalui disiplin, pembentukan sahsiah guru juga akan mudah dilaksanakan
-       seorang guru akan menjadi teladan yang tidak baik kepada murid-muridnya
-       berdisiplin  akan lebih dihormati kerana ketegasan dan komitmen mereka semasa menjalankan tugas sebagai seorang pendidik.
3.    Tampil dengan penampilan yang menarik
-       kelihatan kemas selalu
-       murid akan menilai mereka melalui keterampilan yang mereka tunjukkan kepada murid
-       Murid akan mencontohi apa yang guru mereka tunjukkan kerana guru dijadikan role model
-       melalui keterampilan, keyakinan terhadap diri sendiri juga dapat ditingkatkan.
4.    Sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
-       sabar, tabah dan berfikiran positif
-       sabar adalah elemen terpenting dalam menjalani kehidupan seharian
-       guru yang tidak mempunyai nilai kesabaran akan mudah menjentik pelajar yang bermasalah
-       Tahap amarah mestilah dikawal walaupun perkara tersebut menyakitkan hati
-       Memperaktikkan sifat sabar dalam diri adalah jalan terbaik untuk kebaikan bersama
5.    Mengamalkan amalan profesionalisme
-       bertindak mengikut rasional dengan mempertimbangkan semua perkara sebelum mengambil satu keputusan
-       keprofesionalisme seorang guru juga dapat ditunjukkan melalui sifat pengasihmya terhadap murid-murid
-       sentiasa berfikir dan merancang aktiviti untuk meningkatkan  penglibatan murid dalam sesi pembelajaran
-       Keberkesanan seorang guru berinteraksi dengan baik dalam kalangan pelajar merupakan tunjang kepada pengajaran dan pembelajaran
-       guru juga perlu memandang secara telus dan terus terhadap individu pelajar dengan penuh empati
-       menimbulkan interaksi positif dan konstruktif yang menghasilkan keberkatan ilmu dan mendatangkan manfaat kepada individu murid sendiri, kepada guru dan seterusnya kepada  negara

No comments:

Post a Comment