Epistemologi merujuk kepada teori ilmu pengetahuan. Teori epistemologi Islam dikelaskan kepada tiga iaitu :
- Ilmu yang diturunkan oleh ALLAH menerusi Rasul kepada manusia. Salah seorang daripadanya adalah Nabi Muhammad. Kehebatan Nabi Muhammad wujud dalam kitab bible, veda dan purana serta kitab suci agama Buddha. Ilmu wahyu merupakan kerangka asas yang mewarisi ilmu-ilmu dalam otak dan pemikiran. Ilmu Wahyu juga adalah sumber segala ilmu. Wahyu yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad merupakan salah satu garis panduan hidup seorang muslim selain daripada hadis Baginda. Al-Quran telah diwahyukan melalui malaikat jibril kepada Nabi Muhammad. Al-Quran mencakupi segala ilmu yang ada di dunia.
Menjurus kepada kehendak ilmu wahyu. Ilmu ini termasuk dalam ilmu rasional yang berdasarkan daya kekuatan akal. Penerapan pancaindera dan pengumpulan maklumat secara rasional yang melibatkan logik dan mantik. Ilmu logik merupakan alat berfikir manusia dan ilmu yang berkaitan dengan cara berfikir yang benar, diletakkan sebagai pendahuluan dalam falsafah dan setiap ilmu-ilmu lain, maka dari itu ia boleh ditempatkan sebagai dasar dan asas bagi seluruh pengetahuan manusia.
- Menggunakan akal untuk merumus dan membuat kesimpulan berdasarkan penggunaan pancaindera. Ilmu empirical amat penting untuk menanggapi ffenomena-fenomena alam dengan penggunaan semaksimum akal dan indera untuk menguatkan kepercayaan kepada Tuhan.
Berkembangnya ilmu pengetahuan Barat sekarang yang dapat melahirkan teknologi yang sangat canggih, tak lain adalah berkat tradisi keilmuan yang telah berkembang kurang lebih tiga belas abad silam di tangan para pakar Muslim.
No comments:
Post a Comment